Segala jenis makanan yang sejuk beku perlu melalui proses masak sebelum boleh dihidang dan dinikmati, jaranglah dimakan terus.
Namun ada juga yang salah anggap bahawa makanan sejuk beku tak perlu dimasak dan terus makan sahaja selepas dibawa keluar dari peti ais.
Mungkin pertama kali membeli makanan ‘frozen’, seorang pembeli nekad meninggalkan satu bintang dalam ulasan selepas membeli ketupat frozen.
“Buka satu untuk cuba, ketupat pecah berderai. Macam mana ni? Tolong gantikan dengan ketupat yang boleh dimakan,” ulasan diberikan pelanggan.

Tampil membantu, penjual ketupat tersebut membuat video di TikTok @frozen_foodie bagi menunjukkan cara untuk memasak ketupat itu dengan kaedah mengukus.
Jelas peniaga tersebut ketupat itu perlu dikukus selama 30 minit sebelum boleh dimakan, malah dia juga menunjukkan hasil jika ia tidak dikukus, memang berderai seperti pembeli maklum.
Rata-rata netizen terkejut mengapa masih ada yang terus makan makanan sejuk beku tanpa memasaknya terlebih dahulu.
“Aku rasa penjual kena tampal sticker ‘sila kukus dahulu sebelum makan’. Sebab memang ada orang yang tak tahu ketupat palas ni kena kukus dahulu.
“Pening melayan pelanggan bila jual makanan sejuk beku ni. Saya pernah jual karipap frozen, macam tu juga perangainya.
“Kesian eh dah 2025 pun masih tak tahu ketupat palas frozen kena kukus dulu baru boleh makan,” antara komen netizen.
Menjawab persoalan ramai, peniaga tersebut memaklumkan setiap packaging datang bersama cara untuk memasak ketupat palas itu.
Baca juga: Peniaga ‘backup’ DBKL, “kena kenal ayahanda untuk dapat tapak sebelum ini”