Bagi alasan ‘depression’ sebab tak kemas bilik, wanita berang dapat rakan sebilik pengotor

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau di rumah nak jadi pengotor itu bukanlah masalah tapi kalau dah berkongsi dengan orang luar di tempat belajar, jagalah adab dan kebersihan.

Jangan gunakan alasan kemurungan untuk tidak mengemas barangan anda kerana pada akhirnya ia memberi kesan kepada orang sekeliling.

Seorang pelajar memuat naik video di TikTok mengenai keadaan bilik di tempat pengajian yang dilihat sangat kotor dek kerana teman sebiliknya.

“Agak-agaklah. Orang lain pun menghidap depresi juga tetapi tidaklah sampai begini, setahun tidak pernah kemas bilik.

“Kalau pengotor tu cakap sahaja pengotor. Daripada aku yang sudah boleh kawal depresi sendiri, jadi makin tertekan duduk dengan orang begini,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Turut mengalami masalah sama, wanita tersebut meminta mereka yang mengalami depresi tidak menggunakan penyakit itu sebagai alasan untuk menjadi pengotor.

“Kepada semua yang cakap sikap pengotor ini disebabkan depresi, tolonglah diam.

“Saya juga menghidap penyakit yang sama. Ada juga kawan-kawan lain yang juga alami depresi namun tidaklah seteruk ini,” katanya.

Tambahnya, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan teman sebiliknya itu. Wanita itu pada akhirnya berjaya menukar bilik.

“Mujurlah saya dapat tukar bilik. Selepas berhubung dengan pegawai, katanya pelajar tersebut tidak patut dapat bilik kerana setiap semester buat masalah sama,” katanya.

Baca juga: Rupanya senang je nak kerja di syarikat besar, ramai tak tahu ‘kabel’ ini wujud