Pastinya ramai tahu jika anda membatalkan tempahan selepas menerima pemandu Grab, anda boleh dikenakan caj.
Tidak mahu membayar atas kesalahan pemandu Grab, pemuda ini memuat naik perkongsian di Twitter mengenai tangkap layar perbualan dengan pemandu tersebut.
Pengguna Twitter, Amin Nurazmi mempertikai mengapa pemandu tersebut menerima tempahannya jika benar dia mahu makan.
“Pemandu Grab kurang ajar, dah terima tempahan tapi tengah makan. Bila minta batal, dia tak mahu kemudian ‘loyar buruk’.
“Bila buat laporan macam biasalah, cakap akan ambil tindakan tapi tak mahu kongsi tindakan yang diambil,” ujarnya.
Ketika disoal mengapa menerima tempahan walaupun sedang makan, lelaki tersebut menyalahkan sistem yang menerima.
Tidak cukup itu, dia menyatakan dia membuka untuk menerima tempahan hanya kerana mahu berada dalam senarai menunggu.
“Cik la cancel (batalkan), lagipun saya letak pinggan di meja. Sama ada cik nak tunggu atau cik batalkan sahaja.
“Dahtu. Dah lapar makanlah,” kata pemandu dalam tangkap layar dikongsikan.
Amin bagaimanapun tidak membatalkan pesanan dan tetap menunggu namun akhirnya pesanan tersebut dibatalkan sendiri oleh pemandu terbabit.
Grab Malaysia menghantar mesej membuat permohonan maaf atas tindakan pemandu terbabit, dan menggalakkan Amin untuk batal dengan alasan ‘permintaan pemandu’.
Baca juga: Tampar orang sesuka hati dalam LRT, wanita kurang siuman ditahan polis