Pastinya menjadi impian setiap anak untuk beri wang kepada ibu bapa agar mereka dapat merasa senang dan dapat beli apa sahaja kehendak mereka.
Begitu juga buat pelakon Haneesya Hanee yang menyerahkan urusan kewangan kepada ibunya, Nor Sakuraneeda.
Menerusi Instagram Story, Haneesya menjawab persoalan netizen mengenai dia beri ibunya kesemua duit gaji.
“Betul ke awak bagi semua gaji kepada mommy? Mommy awak yang minta? Sanggup ya guna duit anak,” soal individu itu di ruangan ‘ask me question’.
Pelakon berusia 25 tahun itu mengakui ada masa merasa dirinya bangga melihat ibunya menggunakan duit kerja kerasnya.
“Kad bank saya ada pada ibu. Dia pegang dan boleh guna bila-bila sahaja sampai duit habis pun tak apa.
“Duit saya miliknya juga sebab bukan saya saja yang bekerja. Mummy juga pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan personal motivator saya.
“Pernah lihat reaksi wajah ibu awak apabila dia membeli sesuatu menggunakan duit kalian sendiri? Riak wajah bangga itu yang saya inginkan,” ujarnya dalam Instagtam Story.
Walaupun sudah memberi kebebasan untuk menggunakan kadnya, si ibu masih meminta kebenaran sebelum membuat apa-apa jenis pembayaran.
“Dia sebenarnya tak sanggup pun guna duit saya. Sebelum guna, dia mesti minta izin dahulu dan saya akan sentiasa mengizinkannya.
“Semua ini sebab berkat doanya setiap masa. Saya percaya rezeki yang saya dapat sebenarnya hasil doa dia.
“Tak cukup dan banyak lagi saya nak bagi. Tak terbayar dan terganti dengan apa yang mummy sudah buat untuk saya,” tambahnya
Baca juga: “Misi Ubai menjadi Datin tak tercapai” – Shila Amzah rupanya pernah ditawar gelaran Datuk