Malaysia Dateline

Bagi rakyat, wajah Azmin terang benderang, kata MT Umno

Ketika Bersatu berusaha mendekati Umno, pemimpin parti itu terus mengambil sikap menyerang Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini menyertai Bersatu.

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi (gambar bawah) menyindir beliau dengan bertanya, “Saja nak tanya. Wajah Azmin semakin terang atau semakin kabur?”

Kenyataan dipercayai bertujuan untuk menyindir Azmin ekoran kes semburit beliau di sebuah hotel di Sabah yang diselamatkan oleh polis dengan berkata wajah beliau tidak dapat disahkan kerana video itu kabur.

Seterusnya Puad menulis, “Di PRK Slim, Azmin dakwa lebih ramai orang akan mati kerana PH bukan kerana COVID-19.”

“Baginya Keraiaan PH gagal membela rakyat. Azmin pusing habis,” katanya.

Padahal, kata Puad, masa itu Azmin Menteri paling berpengaruh.

“Apakah Mahathir punca kegagalan atau kerana Guan Eng. Tidakkah sebagai Menteri Ekonomi, dia terbabit sama?” tulis Puad lagi.

Menurut beliau, dalam kes 101 tender rundingan terus, Azmin tumpang semangkuk hentam kerajaan PH.

“Soalnya, sebagai Menteri Ekonomi apakah dia maklum, janji hapus direct nego telah dinodai?” katanya.

Justeru, katanya, kalau Azmin insaf, patut dedahkan lagi penyelewengan dan pembohongan Kerajaan PH.

“Dia mesti banyak maklumat.

“Jangan hanya berani tokok tambah bila ada Menteri PN lain buat pendedahan,” kata Puad.

Bagi bekas Ketua Pengarah Jasa itu, kalau Azmin hendak memutar cerita tentang kerajaan PH, “biar pusing habis.”

“Tapi rakyat tidak akan terpusing. Pada mereka, wajah Azmin semakin terang benderang,” kata Puad lagi.