Malaysia Dateline

Bagusnya si kakak… aksi tahan kereta demi keselamatan adiknya raih pujian

Telatah seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai si kakak menjaga keselamatan adik lelakinya dengan menahan kereta yang sedang dipandu di sebuah jalan kampung yang sempit meraih pujian orang ramai.

Menerusi papan pemuka atau dashboard pemandu kereta itu, dapat dilihat pasangan adik beradik itu mulanya meminggir ke tepi jalan.

Si kakak itu kemudiannya mengangkat tangannya ke arah kereta itu memohon diberi laluan sebelum menarik adiknya yang sedang berbasikal dari celahan semak di tepi jalan.

“Berbuat baik dengan adik-beradik anda, mereka adalah hubungan terbaik anda pada masa lalu dan akan sentiasa bersama anda pada masa hadapan,” dipetik daripada kapsyen video yang tersebar.

Rata-rata orang ramai cara si kakak itu menjaga keselamatan adiknya selain berharap hubungan baik mereka kekal baik sehingga ke akhir hayat.

“Moga kekal sampai tua ya dik. Dah besar, hal rumah tangga adik-beradik jangan suka masuk campur, boleh gaduh. Bab harta pun boleh gaduh jugak,” kata Zatul Saad.

Seorang pengguna Facebook pula berpendapat kehidupan adik-beradik semasa kecil sememangnya indah tetapi kebanyakanya hancur dan musnah apabila orang tua sudah tiada.

“… sanggup bermusuh sampai mati. Malah, ada kes bunuh sebab harta pusaka. Betullah tuan guru saya kata, dunia ni racun keindahan merosakkan manusia.

“Penawarnya ialah mengingati Allah,” katanya lagi.

Baca juga Sebak lihat kesepakatan 7 beradik jaga ibu tiri tengah nazak, “mak sangat baik walau kami bukan anak dia”

Baca juga Majlis ‘kesyukuran’ paling unik, pengarah bank lempar duit RM15 kepada pengunjung