Bahan kempen calon PH disabotaj, laporan polis dibuat Raja Bahrin

Bahan kempen calon PH disabotaj, laporan polis dibuat Raja Bahrin

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan agennya hari ini, telah membuat laporan polis berikutan  bahan kempen dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap calon Pakatan Harapan.

Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Buruk berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu tidak mengambil sebarang tindakan perkara berlaku membabitkan khianat terhadap gambar calon Pakatan Harapan.

“Peguam bagi pihak saya, sebagai calon Kuala Terengganu dan Batu Buruk, telah membuat laporan polis hari ini kerana kerosakan ke atas bill board dan bunting berlaku secara berterusan.

“Oleh kerana SPR tidak ambil tindakan kami harap polis akan bertindak sebelum sebarang perkara buruk dan tidak dingini berlaku,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bahkan dakwanya lagi beberapa hari lalu petugas jentera juga telah dikepong oleh sekumpulan lelaki dan hampir menimbulkan kekacauan dan keganasan terhadap jentera Pakatan Harapan.

“Kami mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan bersegera bagi mengelak keganasan dari berlaku,” ujarnya.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada jam 12.45 tengahari tadi.

Daripada laporan tersebut didapati bahan kempen yang telah dirosakkan adalah seperti papan iklan, banting, poster dan bendera yang diletakka di beberapa jalan utama di Dun Batu Buruk.

Kerusi N16 Batu Buruk akan bertembung tiga penjuru antara Zamri Awang Hitam (BN) dan Mohd Khalil Abdul Hadi (Pas).

COMMENTS

Wordpress (0)