Hati suami manakah yang tidak hancur berkecai apabila diberitahu bahawa bayi dilahirkan isteri bukanlah zuriat kandungnya selepas 12 hari menerima kehadiran anak sulungnya itu.
Bukan cerita rekaan, kejadian yang menimpa pasangan suami isteri dari Selangor itu dikongsikan oleh Peguam Syarie dikenali sebagai Nor Fatihah Azzahra agar dapat dijadikan iktibar oleh orang ramai.
Menurut peguam berkenaan, kejadian mengejutkan itu dipercayai berpunca dari tindakan dua pasangan suami isteri tinggal di bawah bumbung yang sama untuk mengurangkan kos sewa rumah.
“Bahana ipar duai tinggal sebumbung. Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah. Si suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.
“Rupanya isteri baru sahaja bersalin 12 hari dan membuat pengakuan bayi dilahirkan bukan anak suami. Tetapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan adiknya tentang apa yang berlaku.
“Si adik mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka. Kelahiran cahaya mata pertama di dalam tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya mereka sedang seronok layan bayi,” kesalnya.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh peguam terbabit menerusi satu hantaran tular di akaun Facebook miliknya tanpa mendedahkan identiti individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Jelas peguam berkenaan, isteri kepada lelaki itu akhirnya menyesal di atas dosa yang dilakukan sebaik menyedari sifat dan raut wajah bayi dilahirkannya itu serupa dengan adik iparnya.
“Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukanlah benih hasil perkahwinan dengan suami.
“Separuh gila si suami yang ketika itu berada di Perak dan dimaklumkan oleh isteri dengan berita ‘malang’ sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui.
“Malah kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti. Saya jelaskan Li’an ini ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie, hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir,” jelasnya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan hingga menyebabkan sang suami terkandas di Perak meninggalkan isterinya duduk bertiga dengan adiknya sendiri bersama pasangannya.
Pengamal undang-undang terbabit menjelaskan bahawa dirinya hanya boleh memberi nasihat kepada sang suami mengikut kapasitinya sebagai peguam Syarie berikutan sebarang keputusan perlu dirujuk kepada Hakim Syariah.
Pasangan berkenaan bagaimanapun perlu melakukan pengesahan taraf nasab anak kerana hukum Li’an tidak sesuai dalam hal itu kerana isu tempoh kelahiran dan isteri sendiri mengaku anak bukan zuriat suami mengikut perkiraan.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio