Malaysia Dateline

Bahana kempen PRN Sabah: Selepas Ahli MT, Pemuda Umno pula dijangkiti Covid-19

Ketua Penerangan Umno yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan dijangkiti Covid-19 setelah berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Shahril adalah pemimpin Umno kedua yang dijangkiti Covid-19 di Sabah selepas Ahli Majlis Tertinggi Mohd Razlan Rafii.

Terdahulu, Razlan difahamkan berkempen di Sipitang dan pada masa ini telah diarahkan untuk dikuarantin 14 hari.

Kelmarin, dia dilapor dimasukkan ke Hospital Kota Kinabalu dan sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua untuk mengesahkan semula hasil ujian saringan pertama.

Melihatkan individu yang kedua-dua pemimpin Umno itu temui sepanjang kempen PRN seperti dimuatkan di laman sosial mereka dijangka lebih ramai lagi akan dijangkiti Covid-19.

Shahril bersama antara penyokong BN sepanjang kempen PRN Sabah pada 15 September lalu.