Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bahana pemandu mabuk, lima beradik yatim sekelip mata

Bahana pemandu mabuk, lima beradik yatim sekelip mata

MOHD ALI HASHIMFebruary 13, 2020 12:56 pm




Bahana pemandu mabuk, lima beradik yang berusia antara 1 tahun hingga 16 tahun dari Bagan Jermal, Butterworth menjadi anak yatim dengan sekelip mata setelah motosikal yang ditunggang oleh ibu dan bapa mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang

dipandu oleh seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di susur ke Perai, Bukit Mertajam pada Ahad.

Akibat kejadian tersebut ibu mereka Zuriana Hasan terpaksa dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dan masih terlantar di Unit Rawatan Rapi.

Ekoran kejadian tersebut, Nur Afni Nirwana, 16 tahun, Nur Istna Nadira, 14 tahun, Nur Erna Nabila, 12 tahun, Nur Qurratul Ain, 7 tahun dan Muhammad Khairi Zafran berusia 1 tahun 9 bulan kini terpaksa dijaga oleh datuknya Hasan Ismail buat sementara waktu.

Inisiatif segera turut diambil oleh staf Pusat Khidmat Menteri KPKT bersama Biro Kebajikan Wanita Penggerak Muafakat Bagan dengan menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada kelima-lima beradik semalam bagi meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung setelah ayah Khairizul Mohamad Noor meninggal ditempat kejadian.

Sementara itu Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad menzahirkan rasa dukacita kerana kejadian seumpama ini agak kerap berlaku dan membabitkan pemandu mabuk sehingga menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa.

“AMANAH Negeri Pulau Pinang mengesyorkan agar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 44, dinilai semula supaya hukuman yang setimpal dikenakan keatas mereka yang memandu dibawah pengarul alkohol.

“Kami juga amat berharap agensi penguatkuasaan undang-undang seperti pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan memperhebatkan operasi sekatan jalan disamping program pendidikan dan advokasi bahaya memandu dalam pengaruh alkohol.

“Perkara ini semakin serius dan tidak harus dipandang ringan serta tiada lagi kompromi kerana memandu dalam keadaan mabuk membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain dan mesti disekat dengan segera, ” tambah beliau.

Malah yang terbaru sepertimana kenyataan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noor Zainy Mohd Noor pada Selasa, berlaku kemalangan melibatkan sebuah motokar yang dipandu dan disyaki mabuk telah melanggar sebuah motosikal di

KM13.0 BORR arah Sg.Dua, menyebabkan pembonceng dan penunggang motosikal terjatuh dan meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala motosikal mereka pula terbakar.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production