Malaysia Dateline

Bahas lima hari jawab dua hari sahaja

Parlimen hari ini.

Semalam dan hari ini diperuntukkan untuk para bapa dan ibu menteri Gomen tebuk atap gagal 2.0 untuk gulung (jawab) segala perbahasan para Ahli Parlimen yang berlangsung selama 5 hari .

Bahas 5 hari jawab 2 hari sahaja. Hebat!

Hari ini dan beberapa hari yang lalu sidang berlanjutan hingga malam bermula jam 10 am. La ni mungkin Parlimen tidak lagi diancam Covid-19 kot. Depa habaq Covid-19 cuti rehat di Parlimen. Maka SOP dah lain sikit.

Ada beberapa MP sebut dalam perbahasan, kan lebih elok waktu sidang dipanjangkan harinya dengan kekal 10 am hingga 5.30pm dan bukan dipanjangkan jam persidangan hingga ke malam.

Sebab depa juga habaq tak bagus berada dalam sebuah tempat tertutup untuk tempoh yang agak panjang. Tapi, ini mungkin juga reformasi Parlimen yang depa dok kalot habaq tu kot.

Tak pasti reformasi atau U-turn ke macam zaman BN pra 9/5/2018?

Dari segi lain, contohnya macam jumlah kementerian, jumlah kos tukar perabot, lantik ahli keluarga, kitar semula dan lain-lain macam dah nampak signal U-turn tu.

Harap-harap “MOU” bukan “Memorandum of U-Turn” lah ya. Dont worry be happy!