Bahasa Mandarin: Guan Eng mahu tarik sokongan bukan Melayu, dakwa Lokman Adam

Bahasa Mandarin: Guan Eng mahu tarik sokongan bukan Melayu, dakwa Lokman  Adam

Pemantau Malaysia Baru  mendakwa  Menteri Kewangan Lim Guang Eng  menggunakan bahasa Mandarin di media sosial beliau dan kepada akhbar berbahasa Cina atas alasan menghormati kepelbagaian bahasa rakyat Malaysia hanyalah semata-mata untuk menarik sokongan bukan Melayu.

Presidennya Datuk Lokman Noor Adam perbuatan Guan Eng jelas mencabar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa bahasa lain tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi.

Malah beliau juga membantah  tindakan Setiausaha Agung DAP itu  mahu mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan menggunakan bahasa Mandarin di media sosial dan kepada akbar berbahasa Cina atas alasan menghormati kepelbagaian bahasa rakyat Malaysia.

“Adakah ini taktik rasmi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu, dengan menunjukkan beliau berani bersikap biadap dan merendahkan martabat orang Melayu dan Bahasa Melayu?

“Adakah Guan Eng tidak pernah dinasihat oleh bapanya, Lim Kit Siang tentang Perkara 152? Bukankah beliau pengamal undang-undang? Kalau Guan Eng ada masalah kurang didikan, biar kami bantu beliau memahami Perkara 152.

“Bahasa Kebangsaan 152: (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa— (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Lokman sebelum ini pernah menjadi Ketua Unit Komunkasi Korporat Kementerian Kewangan di bawah BN berkata, pimpinan PH memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Rule of Law’ dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

“Mana dia Lim Guan Eng yang berkata pada hari pertama beliau mula bertugas “i am not a Chinese. I am a Malaysian’? Mana dia Lim Guan Eng yang kononnya mempertahankan “Rule of Law”?

“Jika, Guan Eng bertegas ingin terus mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina atas dasar menghormati kepelbagaian bahasa di negara ini, maka Pemantau Malaysia Baru mencabar Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan media beliau dalam bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Siam, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan semua bahasa lain di Malaysia.

“Kenapa hanya Bahasa Cina perlu dihormati? Apa istimewanya Bahasa Cina? Adakah kamu Menteri Kewangan Malaysia atau Menteri Kewangan Masyarakat Cina? Semua bangsa wajib dihormati, bukan masyarakat Cina sahaja,” ujarnya.

Lim Guan Eng dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan semalam dipetik berkata, kementerian itu akan mengunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin bagi kenyataan kementerian itu.

Terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

Katanya terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote