Bahasa Mandarin: Pemuda Umno desak Guan Eng tarik kenyataan, mohon maaf

Bahasa Mandarin: Pemuda Umno desak Guan Eng tarik kenyataan, mohon maaf

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng menarik kenyataan rasmi kementeriannya semalam, mengenai penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki turut mendesak agar Setiausaha Agung DAP itu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwanya telah merendahkan martabat Bahasa Kebangsaan.

“Setiap perkara dalam Perlembagaan termasuk kedudukan Bahasa Melayu merupakan ‘Tiang Seri’ yang menjadi satu citra dan wajah kepada peradaban dan ketamadunan bangsa Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Kalau benar merasai diri lebih Malaysia daripada Cina sebagaimana kenyataan beliau sebelum ini, maka pemakaian Bahasa Kebangsaan tidak wajar dikompromi.

“Dengan ini Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menuntut agar Y.B Menteri Kewangan menarik balik kenyataan media tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kerana secara jelas telah merendahkan martabat Bahasa Kebangsaan,” ujarnya dalam kenyataan.

Dr Asyraf Wajdi berkata,tindakan kementerian kewangan itu sama sekali tidak boleh diterima dan sengaja ingin memainkan sentimen perkauman dengan mengenepikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

” Janganlah atas nama Malaysia Baharu, semua perkara hendak dihalalkan sehingga sanggup mencabuli prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 61 tahun lalu.

“Tindakan ini juga sama sekali bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebutkan ‘Bahasa Kebangsaan Hendaklah Digunakan Bagi Maksud Rasmi’. Dalam konteks ini umum mengetahui bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu,” ujarnya.

Dr Asyraf Wajdi turut mengingatkan Guan Eng sebagai orang lama dalam politik tanahair sepatutnya lebih peka dan sensitif dalam sebarang tindakannya yang boleh menyentuh hal dan perkara yang telah termaktub dan dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.

Guan Eng dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan semalam dipetik berkata, kementerian itu akan mengunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin bagi kenyataan kementerian itu.

Terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

Katanya terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS