Malaysia Dateline

Bahaya! Virus cacar monyet boleh menyebabkan zakar membengkak, dubur berdarah

Virus cacar monyet dilaporkan boleh menyebabkan pesakit mengalami zakar membengkak dan dubur berdarah.

Kedua-dua simptom berkenaan adalah simptom yang jarang dikaitkan dengan jangkitan virus, lapor Portal New Scientist dan Daily Star.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh petugas perubatan di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London, daripada 197 pesakit yang semuanya adalah lelaki, 71 daripada mengadu mengalami masalah kesakitan pada dubur dan 31 daripadanya mempunyai masalah zakar membengkak.

Secara keseluruhan, seramai 20 orang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pengurusan simptom, dimana 8 daripadanya akibat masalah kesakitan pada dubur dan 5 akibat zakar membengkak.

Antara simptom lain yang turut ditunjukkan adalah seperti tonsil bengkak, membabitkan 9 pesakit.

Sesetengah lelaki yang dijangkiti cacar monyet telah melaporkan kesakitan pada rektum mereka serta bengkak pada bahagian zakar, satu kajian baru mendedahkan apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol melaporkan seorang pesakit telah meninggal dunia, difahamkan sebagai kematian pertama yang berlaku di Eropah dan kedua di luar Afrika dalam keadaan wabak ini.

Lima kematian yang dilaporkan sebelum ini semuanya berlaku di negara Afrika dan penyakit itu adalah endemik di benua barat itu.

Brazil juga turut mencatatkan kematian pertama akibat cacar monyet.

Senarai NHS, CDC dan WHO bagi simptom cacar monyet telah berubah pada masa lalu. Terbaru NHS memasukkan lesi tunggal atau lesi pada alat kelamin, dubur dan kawasan sekitarnya.

Proctitis, iaitu sakit dubur atau pendarahan turut ditambah oleh NHS pada 25 Julai. Tetapi setakat ini, gejala terbaru yang diterangkan oleh Bilinska belum ditambah dalam senarai. Beliau berkata walaupun ia mengambil masa untuk simptom baharu ditambah ke senarai rasmi, orang ramai perlu berwaspada mengenainya, dipetik Siakap Keli.

Baca juga: Tiktoker ini ajar 4 fungsi seatbelt kereta yang boleh selamatkan nyawa

Baca juga: Tiga suspek samun kedai serbaneka dan hotel bajet guna tukul ditahan