Baiah sudah terbatal selepas Pas berubah, kata Husam Musa

Baiah sudah terbatal selepas Pas berubah, kata Husam Musa

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan baiah yang dibuat oleh beliau dan lain-lain dengan Pas sudah terbatal selepas Pas berubah.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan baiah yang dibuat oleh beliau dan lain-lain dengan Pas sudah terbatal selepas Pas berubah.

Katanya, Pas sekarang sudah mengkhianati apa yang dahulunya telah dipersetujui.

Husam berkata demikian dalam dialog bersama beliau di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur malam ini.

Orang ramai penuh sesak di dewan itu untuk mendengar dan mengetahui ke mana hala tuju beliau selepas di pecat oleh Pas.

Menjelang dialog ini, petang tadi media Pas, Harakahdaily melaporkan, Adun Salor itu tidak terlepas dari baiahnya untuk meletakkan jawatan sebagai Adun selepas dipecat dari parti itu.

Menurut Harakahdaily, bukan sekadar melompat parti, sebaliknya seseorang wakil rakyat juga perlu meletakkan jawatan apabila dipecat keahlian sepertimana ikrar dalam baiah.

Ia terkandung dalam baiah dan sumpah antara lain menyebut, “bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi Adun/anggota parlimen apabila saya keluar atau dipecat dari parti.”

Menurut Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, orang ramai sebelum ini hanya difahamkan wakil rakyat yang melompat parti sahaja yang terikat dengan baiah.

“Sedangkan ia juga mengikat wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti. Sumpah yang dibuat mereka turut disertakan dengan tandatangan di hadapan Tok Guru (Nik Aziz).

“Bukan sahaja menyertai lain, wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai YB,” katanya.

Hudud hanya permainan

Dalam dialog malam ini juga Husam mendakwa, Hudud hanya menjadi barang mainan sesetengah pihak sahaja.

“Pemimpin Pas beritahu, Umno kononnya nak luluskan tahun 2015 lalu. Mana dia Akta 355 sekarang,” tanya Husam dalam dialog itu.

Bagi beliau, hudud hanya tipu muslihat Umno untuk memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat sahaja.

“Sekarang apa dah jadi. Semua senyap saja,” kata Husam di majlis itu.

 

TAGS