Baik bubar Pas jika kerjasama dengan Umno, tegas Tuan Ibrahim

Baik bubar Pas jika kerjasama dengan Umno, tegas Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan lebih baik Pas dibubarkan sekiranya para pemimpin parti itu berhasrat bergabung dengan Umno.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan lebih baik Pas dibubarkan sekiranya para pemimpin parti itu berhasrat bergabung dengan Umno.

“Saya ingat kalau Pas bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang Pas tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?

“Jadi, kalau Pas berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Bekas Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar dua parti Melayu itu bergabung selepas Pas dipinggir Pakatan Harapan.

Sebaliknya, bekas Adun Jengka itu menegaskan Pas akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.

Tuan Ibrahim juga berkata isu kerjasama antara dua parti itu merupakan agenda media Umno namun Pas tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan parti yang didakwa mengamalkan rasuah.

Isu kerjasama itu juga, katanya untuk menyelamatkan Umno yang telah beberapa kali membuat tawaran kepada Pas.

“Pas tak akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka ini mengamalkan rasuah. Rasuah teruk, negara teruk, ekonomi pun teruk, penyelewengan pun teruk,” tegas Tuan Ibrahim.

Malah, katanya tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan parti yang zalim terhadap rakyat dengan merujuk projek Lebuhraya Pantai Timur dan sekatan royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau juga mengambil kesempatan membela Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat sering menghadiri program bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi jelas beliau menggunakan kesempatan itu untuk menegur Najib terutamanya mengenai soal pentadbiran negara.

Tuan Ibrahim bagaimanapun kesal dengan sikap parti-parti pembangkang yang menyerang Pas selepas media perdana melaporkan kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama.

“Media perdana cuba melihat Pas jalin kerjasama dengan Umno dan dukacitanya pembangkang menyerang Pas.

“Kalau serang Pas bererti kita tak serang Umno, sepatutnya tak perlu serang PAS sebab kita masih pembangkang,” ujarnya.

TAGS