Malaysia Dateline

Baiklah tapi bagaimana pula dengan Datuk Speaker?

1. Secara peribadi , saya terima segala teguran dan nasihat Dato Speaker dengan hati yang terbuka dan “in good faith”.

2. Saya tak mahu berpura-pura mendakwa saya suci dari kelemahan dan kesalahan di dalam dewan. Saya akui saya juga kadangkala terbabas langgar peraturan mesyuarat. Hakikatnya, tidak mudah untuk mengawal emosi di dalam dewan apatah lagi bila melihat ada unsur “a blatant unfairness” di hadapan mata kita!

4. Baiklah Datuk Speaker yang bijaksana, kami boleh akui kesilapan kami. Tetapi, bagaimana pula dengan anda dan para timbalan anda?

5. Maaf jika saya tanya “adakah anda ingin menafikan anda dan timbalan anda khususnya YB Pengerang bukan sekali telah membiarkan para YB dari pihak kerajaan misalnya YB Baling dan YB Arau yang secara konsisten mengganggu perbahasan ramai dari YB pembangkang.”

Maaf , kami tidak naif untuk melihat “gangguan” berterusan itu sebagai satu provoksi !

6. Dalam banyak keadaan, jika kami bangun mencelah dan mungkin gagal ikut peraturan, lalu mikropon di meja kami sering dan akan dipadamkan (switched off) oleh anda dan timbalan anda. Akan tetapi anda dan timbalan anda seolah-olah membiarkan ahli parlimen seperti YB Baling dan YB Arau terus mengganggu para pembahas dari blok YB pembangkang tanpa mikrofon mereka dipadamkan!

Ia berlaku bukan sekali Datuk Speaker! Saya pernah beberapa kali mengadu kepada anda dan timbalan anda, tetapi, maaf kata, saya lihat ia semacam tidak diendahkan!

Adakah itu adil dan saksama ? Were you being fair to us in such circumstances?

7. Bagaimana pula dengan tularnya video Datuk Speaker kelihatan begitu jelas dilihat cuba “membantu” YB Menteri Kewangan yang mana tindakan anda tersebut telah dikritik pedas oleh pihak di luar Parlimen khususnya para netizen.

8. Sebenarnya ada lagi yang hendak saya dedahkan di sini akan kekecewaan saya ke atas anda. Tapi buat masa ini saya rasa cukuplah sekadar apa yang sebut di atas.

Saya mohon maaf jika apa yang dicatat di sini mungkin mengecewakan anda.

YB Sepang.
28/8/2020.