Baitulmaqdis: Singapura mahu penyelesaian Palestin-Israel secara aman

Baitulmaqdis: Singapura mahu penyelesaian Palestin-Israel secara aman

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Singapura mengulangi sokongan secara tekalnya sejak sekian lama terhadap penyelesaian dua negara melibatkan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka yang wujud secara aman dan selamat di samping Negara Israel, kata Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik ini.

Status Baitulmuqadis adalah isu sensitif dan kompleks serta mempunyai sejarah yang panjang. Sebarang tindakan bersifat pramatang dan unilateral bagi mengubah status Baitulmuqadis akan menghalang kemajuan mencapai penyelesaian secara aman terhadap masalah Timur Tengah dan Palestin.

Masa depan Baitulmuqadis perlu diputuskan melalui rundingan secara terus antara Israel dan rakyat Palestin, kata jurucakap kementerian itu sebagai respons terhadap soalan media tentang pengumuman Amerika Syarikat pada 6 Dis yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

CATEGORIES