Baitulmaqdis:Tindakan Trump lebih melebarkan keganasan umat Islam di Timur Tengah

Baitulmaqdis:Tindakan Trump lebih melebarkan keganasan umat Islam di Timur Tengah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata konflik Palestin-Israel tidak akan menemui jalan perdamaian sebaliknya akan lebih banyak tercetus keganasan di kalangan umat Islam yang menentang tindakan Amerika Syarikat terhadap ibu kota Baitulmaqdis di Timur Tengah.

Dalam kenyataannya hari ini bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata, AS di bawah pemerintahan Presiden George W Bush (2001-2009) dan Presiden Bill Clinton (1993-2001) pernah mencadangkan perkara sama apa yang telah dilakukan Presiden Donald Trump hari ini untuk memindahkan ibu kota Israel di Tel Aviv ke Baitulmuqadis.

Bagaimanapun cadangan dua pemimpin AS itu tidak berjaya dilaksanakan kerana Bush dan Clinton menyedari dunia Islam akan membantah tindakan AS itu yang akan mengagalkan proses perdamaian.

Namun dengan tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis ibu kota baharu bagi Israel ia akan mengapi-apikan keadaan di Timur Tengah menjadikan proses perdamaian antara Israel-Palestin terbantut dan keganasan dikalangan orang Islam di Timur Tengah akan lebih banyak tercetus.

“Trump sengaja api-apikan keadaan di Timur Tengah menjadikan proses pendamaian Israel dan Palestin tidak dapat diteruskan dan ini sudah tentu membangkitkan kemarahan orang Islam terhadap tindakan ini- Trump mengiktiraf Baitulmaqdis ibu kota Israel.

“Ia akan membakar hati ramai orang Islam dan saya percaya lebih banyak keganasan berlaku di merata dunia.

“Penganas tidak ada cara lagi selain menganas kerana mereka tidak mempunyai pasukan ketenteraan (laut, darat dan udara).

“Dengan ‘mengganas’ bermakna melakukan sesuatu yang amat menakutkan orang seperti seseorang yang mengugurkan bom ke atas orang ramai dan dalam sebuah bandar, mereka juga adalah ‘penganas’. Bukan sahaja mereka yang meletupkan diri mereka sendiri dikatakan penganas,” terangnya dalam kenyataan yang dipaparkan di dalam video yang dimuat naik di laman facebook Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Abu Bakar Yahya hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini juga berkata, tindakan keganasan itu terpaksa dilakukan kerana umat Islam tidak mempunyai peluang lain untuk menentang AS.

“Mereka tidak ada peluang lain untuk menentang AS yang terlalu kuat ini, dengan menentangnya secara keganasan – kita tidak boleh buat apa-apa bahawa dunia Islam begitu lemah apa saja boleh dilakukan oleh orang Islam dan negara Islam oleh AS, termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis yang menjadi bandar suci kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi di Baitulmaqdis itu,” terangnya.

Bahkan katanya, tiada mana-mana pihak sama ada Israel atau Amerika Syarikat berhak untuk mengambil alih sebuah negara lain.

“Itulah keadaan di Baitulmaqdis tidak harus sesiapa mencuba mengambil alih untuk negara mereka.

“Israel pun tiada hak berbuat demikian dan saya yakin Israel akan bertindak seolah-olah Baitulmaqdis adalah ibukota mereka bukan Tel Aviv lagi dan ini akan menyebabkan proses damai antara Israel dengan Palestin akan terhenti dan sebaliknya keganasan akan menjadi lebih banyak daripada sekarang,” ujarnya.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan ini lagi, Trump dan AS tidak mengambil kira usaha untuk menangani masalah di Korea Utara tetapi sebaliknya menekan orang Islam di Timur Tengah.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES