Bajet 2018: Peruntukan  mengurus, pembangunan meningkat  RM280.25bilion

Bajet 2018: Peruntukan mengurus, pembangunan meningkat RM280.25bilion

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bagi Bajet 2018 peningkatan dalam peruntukan kerajaan, dengan jumlah RM280.25 bilion berbanding RM260.8 bilion dalam Bajet 2017.

Daripada jumlah tersebut, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaaan mengurus dan RM46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan.

Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion, kata beliau semasa membentangkan Bajet 2018 yang bertemakan:Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Menjuru Aspirasi TN50 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi tahun 2018, kutipan hasil kerajaan persekutuan dijangka mencecah RM239.86 bilion.

Defisit fiskal negara dianggarkan pada 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 daripada 6.7 peratus pada 2009 dan akan terus dikurangkan kepada 2.8 peratus pada 2018

Ekonomi Malaysia dijangka mencapai kadar pertumbuhan tahunan antara 5.2 peratus dan 5.7 peratus pada 2017, lebih tinggi daripada unjuran pada Mac lepas iaitu 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.

Malaysia katanya, mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS