Bajet 2018, Tanah dan Hutan kekal sumber utama Kelantan

Bajet 2018, Tanah dan Hutan kekal sumber utama Kelantan

Sumber hasil tanah dan hasil hutan kekal sebagai sumber utama perolehan negeri Kelantan dalam anggaran bajet yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam ucapan pembentangannya berkata, hasil tanah dianggarkan menyumbangkan 34.3 peratus atau RM239.96 juta manakala hasil hutan bakal menyumbang 20.12 peratus atau RM140.2 juta.

“Kerajaan menyasarkan perolehan hasil sebanyak RM636.98 juta dengan menganggarkan hasil antaranya daripada perlombongan 9.47 peratus (RM66 juta), hasil air 1.54 peratus (RM10.76 juta) dan pelaburan 0.66 peratus (RM4.56 juta),” katanya.

Perbelanjaan mengurus bagaimanapun dijangka meningkat RM40.22 juta kepada RM679.63 juta pada 2017 berbanding RM639.41 juta pada 2016.

“Peruntukan pembangunan bagi 2017 adalah sebanyak RM281.61 juta iaitu RM191.61 juta di bawah peruntukan negeri manakala RM90 juta menerusi sumber pinjaman.

“Bajet ini dianggarkan mengalami defisit sebanyak RM42.65 juta yang lebih rendah berbanding RM45.61 juta, tahun lepas.,” katanya yang menamakan bajet itu “Kelantan Sejahtera Untuk Islam” pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Perolehan hasil tanah, katanya adalah tertinggi hasil keberkesanan pungutan cukai tanah sebanyak RM46.54 juta dan premium tanah (RM55 juta).

“Perlombongan dijangka menyumbang hasil RM70 juta atau 10.99 peratus daripada keseluruhan hasil iaitu meningkat 0.63 peratus berbanding anggaran RM62.5 juta pada 2016.

“Hasil air pula dijangka menyumbang RM13 juta yang menyamai anggaran 2016,” katanya.

0.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 0.0
CATEGORIES