Bajet 2018 :  Tidak bertanggungjawab, seakan Belanjawan Negeri Selangor, kata Azmin

Bajet 2018 : Tidak bertanggungjawab, seakan Belanjawan Negeri Selangor, kata Azmin

Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dianggap hampir  menyamai Belanjawan Negeri Selangor kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen hari ini.

“Saya juga melihat inisiatif Bajet 2018 mirip dengan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor.

“Kerajaan negeri Selangor sudah pun  laksanakan TAWAS kepada anak-anak baru lahir. Tetapi hari ini baharu perdana menteri memperkenalkan Adam50.

“Saya melihat pengumuman ini mirip kepada Selangor dan Selangor boleh jadi modul pengurusan ekonomi,” katanya.

Dalam ucapan Bajet 2018, Najib mengumumkan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (Adam50) yang memperuntukkan kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM 200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad.

Timbalan Presiden PKR ini juga berkata bajet yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu juga sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Ia belanjawan yang tak bertanggungjawab kerana peruntukan pengurusan lebih tinggi berbanding peruntukan pembangunan.

“Najib sebagai sebagai menteri kewangan memperuntukkan belanja pengurusan yang lebih tinggi, meningkat sehingga 84%, sedangkan bagaimana kerajaan Malaysia mahu merancakkan petumbuhan ekonomi jika hanya 16% untuk pembangunan?” katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES