Perkongsian seorang pengguna Facebook berkenaan saiz bonggol jalan yang pelik di Kota Kinabalu Sabah, menarik perhatian ramai.
Hantaran dimuat naik pengguna Fariz Dzin itu memaparkan bentuk bonggol yang terlalu kecil dan saiznya pendek tidak seperti kebiasaan.
Dia sendiri ternyata hairan mengapa bonggol sekecil itu dibina pada laluan tersebut.
“I don’t understand, why they put just sekelumit bonggol there…,” demikian kapsyen pada Facebook individu itu yang kemudian mengundang rasa geli hati ramai.
Perkongsiannya sehingga kini mendapat hampir 2,000 tanda suka dengan lebih 1,000 perkongsian.
Bonggol laju (speed bump) itu dipercayai dipasang berdekatan sebuah pusat beli belah di kota itu.
Apa yang melucukan, saiz bonggol itu terlalu kecil bahkan tidak meliputi lebar ukuran standard kereta.
Ia betul-betul terletak di hadapan sebuah longkang kecil yang berada di tengah-tengah jalan.
Ada yang berpendapat bahawa bonggol tersebut sebenarnya dibina untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya bahawa terdapat longkang di hadapan bonggol tersebut.
Mereka juga tampil dengan teori masing-masing yang kedengaran agak lucu.
“Bajet Rahmah kali kontraktor dia,” seloroh seorang pengguna Facebook.
“Hahha saya juga sangat hairan but who we want to ask?? Hahah,” komen yang lain.
“Because they want to surprise you when you don’t see it,” komen yang lain sambil meninggalkan emoji gelak.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan bonggol kecil itu dibina. Mungkin memang benar untuk mengingatkan pengguna jalan raya berkenaan longkang di hadapan.