Bajet RM3.12 bilion, jogging track pun terbengkalai

Gabungan antara jogging track, tasik dan menara masjid menambahkan keindahan di kejiranan ini.

Penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang menuntut kerajaan negeri Selangor menyiapkan ‘jogging track’ mereka yang nilainya tidak seberapa selepas menteri besarnya membentangkan Belanjawan 2018 yang bernilai RM3.12 bilion baru-baru ini.

“Takkan jogging track yang tak seberapa ini pun boleh terbengkalai,” kata Wan Mohamad Ahmad sambil menunjukkan jogging track mereka yang terhenti di pertengahan jalan sejak dua bulan lalu.

Laluan larian yang dibina di Puteri Centre Park (PCP) telah mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan sekitarnya.

Setiap hari, hampir 50 orang akan menggunakan laluan itu untuk beriadah bersama rakan-rakan dan keluarga masing-masing.

TERBENGKALAI…Jogging track ini hanya siap sekerat saja dan terbengkalai sejak lebih dua bulan lalu.

Pada hujung minggu, suasana menjadi lebih meriah lagi apabila ratusan akan datang ke situ bersama rakan dan keluarga masing-masing.

Namun projek pembinaan yang berhenti di pertengahan jalan itu menimbulkan tanda tanya kepada penggunanya.

“Bila mahu sambung ni…dah lebih dua bulan terhenti,” kata salah seorang pengguna laluan yang tidak siap itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri didakwa mahu membina dewan serbaguna di kawasan itu tetapi sehingga kini ia masih belum ada apa-apa tanda projek itu akan berjalan.

Sehubungan dengan itu, ramai meminta agar Exco Kerjaraya dan Kemudahan Awam Selangor, Zaidy Talib yang kebetulan di tinggal di kejiranan yang sama mengambil berat keperluan penduduk di sini.

Geng jogging berehat selepas jogging… Mereka sangat berharap track jogging mereka disiapkan segera.

 

CATEGORIES
TAGS