Badan beruniform seperti polis, askar dan jururawat banyak menyumbang tenaga demi kemakmuran di negara kita.
Identik dengan tugasnya masing-masing, pernahkah pembaca terfikir bagaimanakah warga seragam unit beruniform di Malaysia ditetapkan?
1. Warna biru untuk seragam polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menggunakan uniform berwarna coklat dan biru muda sebelum ditukar kepada biru gelap.
Warna sang saka biru yang melambangkan rakyat jelata ini berpunca dari warna uniform polis pertama di dunia iaitu London Metropolitan Police Service.
2. Warna hijau untuk seragam askar

Warna hijau zaitun atau ‘olive drab‘ diperkenalkan pada tahun 1902 melalui sut pakaian Sut Servis Britain.
Semenjak itu, semua negara di bawah jajahan British menggunakan warna itu bagi memudahkan penyembunyian askar sewaktu berperang.
3. Warna putih untuk jururawat

Umum mengetahui, uniform jururawat sangat mudah dicemari dengan kotoran seperti darah dan sebagainya.
Pemilihan warna putih bagi jururawat membenarkan pakaian itu dibersihkan dengan lebih sempurna.
Warna putih standard juga tidak terjejas sekiranya diletakkan peluntur bagi membersihkan kuman.
Baca juga: “Aku nak cerita sisi gelap sebagai suri rumah yang ramai tak tahu pun”