Baju putih dalam almari ada kesan kuning? Ini cara mudah nak bagi ia putih semula dalam masa 30 minit!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang memiliki kemeja atau tudung berwaran putih mesti perasaan bahawa ada kesan kuning muncul apabila lama ia tersimpan di dalam almari.

Bila dah terdesak sangat, susah nak pergi kedai semata-mata untuk mencari baju warna putih sebab yang ada di rumah tu ada kesan kuning.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok Jason Jezi tentang cara senang nak hilangkan warna kuning di tudung putih dalam masa 30 minit sahaja.

Cara hilangkan kesan kuning di baju putih

Bahan-bahan:

  • Besen besar
  • Ubat gigi (tak kisah jenama)
  • Baking soda
  • Cuka
  • Air panas
  • Pencuci baju (cecair)
@jason_jezi

Share kpd kawan2 yg banyak baju Putih simpan sampai kuning #TikTokGuru #jombelajar #tips #jezismart #learnontiktok

♬ POP! – NAYEON

Cara-cara:

1. Sediakan besen besar dan masukkan dalam satu sudu ubat gigi (tak kisah jenama apa).

2. Masukkan dalam dua sudu baking soda dalam besen yang sama.

3. Kemudian letak dalam satu sudu cuka ke dalam tempat sama

4. Isikan air panas hingga memenuhi 1/4 besen dan gaul ia menggunakan alatan (air panas, jangan guna tangan).

5. Masukkan pencuci baju (cecair) dan letak baju serta rendam ia selama 30 minit.

6. Boleh jemur kain hingga kering, kesan kuning pun tertanggal.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lama sangat tunggu gas baru? Peniaga kongsi tip, tong gas masih boleh guna kalau ikut cara ni!