Baju raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dijual pada harga yang sangat murah di kebanyakan kedai berikutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berakhir minggu depan.
Para peniaga giat melakukan promosi besar-besaran demi menghabiskan stok baju raya.
Menurut laporan media tempatan, ada peniaga yang menurunkan harga pakaian sehingga 70 peratus selain menjual tiga pasang baju pada harga RM100.
Trend membeli kelengkapan hari raya secara atas talian menyebabkan banyak peniaga yang bergantung kepada jualan fizikal, terjejas.
Perubahan trend itu menyebabkan banyak peniaga mula beralih kepada perniagaan lain untuk bertahan.
Peniaga jalan TAR masih meneruskan tradisi lama menjual pakaian secara fizikal.
Walaupun mendapat sambutan hangat setiap kali tiba musim perayaan, namun jumlah keuntungan tidak sebesar dahulu.
Para peniaga nekad menjual stok baju raya pada harga murah bagi menarik lebih banyak kehadiran pembeli kerana jualan merudum selepas Ramadan.
Baca juga: Rebecca Nur Islam gelar isteri Aliff Syukri “kaya tapi bodoh”