Baju warna ‘brick orange’ haram? Ini penjelasan sebenar PU Amin, rupanya…

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini ura-ura menyatakan warna baju raya yang ‘in trend’, brick orange adalah haram dipakai khususnya buat kaum lelaki.

Maka paniklah isteri-isteri dan mak-mak yang sudah belikan warna tersebut untuk seisi keluarga.

Namun hal tersebut dibantah oleh Pencetus Ummah (PU) Amin, yang dihubungi pihak stesen radio era.

PU Amin menjelaskan antara sebab ia pernah menjadi haram satu ketika dahulu adalah kerana warnanya sama dengan perhiasan wanita.

“Ada sebab kenapa pakai ianya haram sebab dahulu, pakaian berwarna warna seperti jingga, merah dan terang ini diperbuat dan dicelup menggunakan safron.

“Warna itu lazimnya adalah warna dan perhiasan wanita,” ujarnya.

Pada masa sama PU Amin turut menjelaskan kaedah digunakan untuk warna kain adalah sintetik dan tidak seakan-akan warna perhiasan wanita.

“Kalau sekarang ini warna kita guna adalah sintetik, jadi dah tak sama dengan warna perhiasan wanita maka hukum haram tu dah bertukar jadi harus.

“Penting tatacara memakai baju terang adalah untuk tidak menunjukkan kesombongan dan tidak menunjukkan seumpama wanita,” tambahnya.

@era.je

Haa sedikit perkongsian dari @pencetusummah_amin . Harap dah terjawab la ya isu / dakwaan pakai baju orange ni. Yela, tahun ni kan ramai yang beli baju raya warna orange. Bak kata omputeh, colour of the year gitteww. So pada siapa yang dah beli tu, tak perlu was-was. 😆 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Seorang netizen mengharapkan penjelasan ini dapat disebar kepada orang ramai yang masih waswas dan menyatakan warna ini haram.

“Ada seorang mak cik ini asyik muat naik hantaran warna ni haram, bila aku minta hadis tak menjawab pula. Harapnya dia dengar penjelasan ustaz ni,” ujar pengguna TikTok.

Baca juga: Ini 7 tip nak basuh baju sekolah anak guna bahan di rumah, nombor 5 paling tak sangka!