Bakal kahwini kerabat, netizen ‘panas hati’ dengan gaya seksi Jeslina Hashim

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim yang pernah menyinari industri seni awal tahun 2000.

Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia seni, namun Jeslina kerap memuat naik kehidupan peribadi di media sosial.

Selepas 10 tahun menjanda, Jeslina dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih yang juga kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil.

Menurut Kosmo, pasangan tersebut dikatakan sedang menghitung hari untuk penyatuan dua hati.

Penyanyi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ itu juga dikatakan bakal berbiras dengan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.

Khabar angin perkahwinan mereka timbul selepas Jeslina memuat naik gambar cincin di jari manis di Instagram.

Orang lain nak kahwin tapi netizen pula yang panas hati dek kerana gaya penampilan Jeslina lebih moden dan tidak sesuai dengan gaya hidup kerabat.

“Tiada kelas jika dibandingkan dengan Sarimah. Jauh panggang dari api.

“Saya masih berfikir, selain seksi apa keistimewaan Jeslina.

“Kalau saya jadi lelaki, saya akan cari yang ada kelas sikit. Ini rupa dah hauk (teruk), perangai pun sama,” antara komen netizen.

Sekadar perkongsian, Tunku Eddy merupakan adinda kepada suami Sarimah, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa.

Bakal suami Jeslina juga adalah cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Baca juga: Tak sangka Azira Shafinaz kelakar orangnya, berjaya dinobat pelakon komedi terbaik AACA 2023