Siapa sangka, seorang wanita sanggup menggelar bakal menantunya ‘jalang’ hanya kerana gadis itu membuat keputusan untuk putus tunang.
Mulanya tidak mahu memanjangkan cerita, gadis yang merasa maruahnya tercalar itu kemudian memutuskan untuk bercerita hal sebenar kepada bakal mentuanya itu.
Bukan sahaja tidak menjaga perlakuan di media sosial, bekas tunangnya rupanya mempunyai rasa benci terhadap wanita dan tiada rasa hormat pada kaum lemah itu.
Terkejut apabila mendengar pendedahan tersebut, berikut perkongsian adik kepada gadis berkenaan iaitu Sopi yang mahu kisah kakaknya dijadikan pengajaran.
“Nak kongsi sedikit, kakak aku sepatutnya berkahwin pada pertengahan tahun 2023 lalu. Kakak mulanya bertunang tahun lepas. Waktu jumpa bakal abang ipar aku ini, nampak baik sahaja orangnya. Tak boleh nak buat andaian lagi. Pejam celik, kakak kumpulkan kami sekeluarga dan cakap dia mahu putuskan pertunangan.
“Kami semua terkejut sebab perkara ini berlaku tiba-tiba. Selama ini tak pernah pula kakak kongsi masalah dengan tunang dia. Kakak aku ini hanya memiliki akaun media sosial Instagram sahaja. Facebook, Twitter (X) dan TikTok semua dia tak main. Jadi sekali ini kakak buka Facebook adik dan cari akaun tunang dia.
“Tiada niat pun mulanya. Sekali nampak postingan tunang dia yang ditetapkan bagi tatapan umum (public). Rupanya banyak komen-komen tunang dia melucah dengan kawan. Kakak simpan tangkap layar (screenshot) dan cetakkan komen tidak senonoh itu dan tunjukkan kepada kami sekeluarga untuk tengok.
“Salah satu postingan yang lelaki itu buat adalah ‘tak sabar nak kahwin’. Kawan dia komen ‘sedaplah’, selepas itu tunang kakak pergi balas ‘tak tahan dah lama simpan’. Kakak akui terkejut nampak postingan lain tunang dia yang banyak melucah. Selepas itu kakak daftar akaun Twitter (X). Lagilah, dekat situ siap ada maki hamun lagi.
“Dekat situ ada tweet (ciapan) yang aku memang ngeri baca. Tweet itu mengenai pemerkosaan selepas kahwin. Tunang kakak sanggup tulis, ‘isteri aku nanti kalau tak nak kangkang, aku paksa sampai dia buka’. Kami sekeluarga yang selak kertas itu boleh nampak dia punya benci dekat perempuan.
“Tunang kakak siap kata yang perempuan dan isteri ini hanya hamba lelaki. Bila baca itu memang meremang. Dapat rasa dia punya jahat. Banyak lagi ya sebab sampai 15 helai. Yang paling kelakar, selepas seminggu akak putus tunang. Mak lelaki itu telefon dan tuduh kakak aku menjalang sampai putus tunang.
“Kami datang ya rumah dia. Kakak aku bawa kertas yang dia cetak itu. Mulanya kakak tak nak panjang cerita sebab tak nak ramai tahu. Bila kakak hulur kertas itu baru tergamam keluarga tunang dia baca. Rupanya tunang dia buat cerita yang kakak aku jumpa jantan lain siap buat hubungan intim. Itu yang nak putus tunang.
“Kepada yang nak berkahwin itu, periksalah akaun sosial media milik bakal pasangan kalian.” Kata Sopi (bukan nama sebenar) memberi amaran kepada gadis lain menerusi satu perkongsian di laman luahan atas talian.
Baca juga: Tayang bulu ketiak ‘online’, wanita raih lebih RM47k sebulan!