Bakal nikahi orang biasa? Ina Naim tak mahu dedah identiti bakal suami

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini tular mengenai desas desus bahawa balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim bakal berkahwin pada bulan November.

Namun identiti bakal suaminya dikatakan rahsia hingga timbul spekulasi bahawa dia akan mengahwini anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam namun dinafikan lelaki tersebut.

Isman bagaimanapun memaklumkan dia sudah melihat nama pad kad tersebut lapor Kosmo! Online.

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd. K dan bukan Isman.

“Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya.

“Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

“Ina juga beritahu saya, calon suaminya dalam kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Ina sebelum ini berkahwin dengan Suhaimi pada tahun 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu kemudian meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Baca juga: Ira Kazar akui masih berhubung dengan Syamsul, berkongsi pandangan tentang perkara ini