Bakal tunai umrah untuk kali ke-10, Zoey Rahman tak dabik dada, sedar diri banyak dosa

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang tidak begitu berkemampuan, dapat jejak sekali sahaja ke tanah suci pun sudah dikira bersyukur tapi bagi mereka yang berduit tiada masalah untuk ke sana dengan kerap.

Nak bertaubat ni tak perlu pergi jauh, dekat masjid atau rumah sendiri pun boleh tapi suasana di tanah suci mungkin lebih menginsafkan.

Pelakon dan usahawan Zoey Rahman adalah antara selebriti yang kerap menunaikan umrah dan tidak pernah mendabik dadah kerana kerap berkunjung ke tanah suci.

Menurut Gempak, Zoey bakal menunaikan umrah kali-10 pada bulan Disember nanti.

Meskipun ini bakal menjadi kali ke-10, dia tidak pernah mendabik dada malah akui takut dengan dosa yang dilakukan.

“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan.dia bercadang menunaikan umrah pada Disember nanti.

“Banyak sangat dosa dan maksiat yang saya lakukan, jadi memang saya mengharapkan ibadah saya diterima di sana.

“Apa pun saya anggap ini semua rezeki saya untuk buat amal di rumah Allah.

“Mudah-mudahan Tuhan dengar dan makbulkan semua doa-doa yang saya pohon, Doakan yang baik-baik untuk saya, insya-Allah,” ujarnya seperti dipetik Gempak.

Jelasnya dia sendiri sedar dirinya tidak sempurna seperti orang lain namun menganggap ia satu bentuk rezeki apabila diberi peluang unuk ke sana.

“Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya.

“Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci,” katanya.

Baca juga: PA Jofliam dakwa ditawar jadi isteri kedua, ini respon Cik Epal – “Aku sedekah kepada sesiapa memerlukan”