“Harap kerajaan boleh bakar mayat saya dan buang abu saya ke dalam laut atau sungai. Terima kasih”.
Itu nota terakhir bertulisan Cina dan Melayu ditinggalkan seorang lelaki warga emas yang ditemui maut di pekarangan rumahnya di Taman Indah, Sekinchan, petang semalam.
Insiden itu tular dengan tersebarnya rakaman video berdurasi 24 saat.
Polis kemudiannya dilapor membawa mayat tersebut ke Hospital Sabak Bernam sejurus berita kematian itu dimaklumkan orang ramai. Punca kematian masih dalam siasatan.
Walau bagaimanapun, lelaki itu maut difahamkan akibat minum racun kerana tertekan dengan pandemik Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).