Malaysia Dateline

Balik Afrika: Ahli Parlimen ini anggap dihina

Seorang ahli parlimen kulit hitam yang dilahirkan di Perancis tidak menyangka telah dihina dengan laungan ‘Balik Afrika’ di Dewan Negara semalam, lapor CNN.

Carlos Martens Bilongo yang merupakan wakil dari parti paling kiri Perancis, Unbowed (LFI) sebelum itu sedang berbahas mengenai imigran Afrika yang diselamatkan dari Laut Mediterranean.

Walau bagaimanapun, wakil parlimen, Grégoire de Fournas dari parti National Rally (RN) menyampuk dengan menjerit “Balik Afrika” ketika Bilongo menggesa kerajaan Perancis bekerjasama dengan EU, terutama Itali dan Perdana Menteri baharu, Giorgia Meloni untuk membantu beberapa ratus pendatang berkenaan.

“Hari ini, sesetengah orang sekali lagi meletakkan warna kulit saya sebagai pusat perdebatan.

“Saya dilahirkan di Perancis dan saya seorang penggubal undang-undang Perancis dan saya tidak menyangka hari ini saya akan dihina (seperti ini) di Dewan Negara,” kata Bilongo kepada pemberita.

Baca juga Perak, Selangor dan pedalaman Sarawak dijangka hujan lebat, boleh cecah 200 mm

Baca juga Panik anak hilang padahal ibu sibuk berborak di rumah jiran, orang yang selamatkan pula dituduh menculik