Balik Pulau akan ada hospital baharu tidak lama lagi

Balik Pulau akan ada hospital baharu tidak lama lagi

Hospital baharu untuk Parlimen Balik Pulau akan menjadi realiti tidak lama lagi, kata, Ahli Parlimennya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Menurutnya buat masa ini Hospital Balik Pulau sedia ada telah digunakan sejak tahun 1883 itu, kini  tidak lagi mampu untuk memberi khidmat kepada penduduk Balik Pulau yang semakin meningkat.

Katanya lagi, pusat rawatan fisioterapi sedia ada juga sempit dan tidak mampu untuk menampung pesakit yang menerima rawatan.

Ia tidak termasuk lagi bahagian lain yang perlu menyediakan bilik rawatan masing-masing untuk memberi rawatan kepada pesakit yang semakin meningkat.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Malah ujarnya, jarak lebih 25 kilometer untuk sampai ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) boleh mengundang pelbagai kemungkinan semasa pesakit berada dalam keadaan kecemasan.

“Yang lebih mendukacitakan ialah projek untuk menaik taraf hospital tersebut semasa BN sebelum ini dengan kos RM25 juta bagi satu setengah tingkat adalah tidak munasabah.

“71 katil yang ada  sebelum ini hanya ditambah 10 katil lagi, sedangkan penduduk semakin bertambah dan tidak ada pakar yang boleh membantu untuk memberi rawatan kritikal.

“Penduduk terpaksa mendapatkan rawatan yang begitu jauh daripada HBPP di Georgetown,” ujarnya ketika ditemui di Bayan Lepas, semalam.

Sehubungan itu katanya, usaha akan diambil bagi membina sebuah hospital baharu di Parlimen Balik Pulau dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM300juta.

“Perkara ini akan menjadi prioriti untuk diberi fokus utama setelah BN tidak mampu melaksanakannya untuk menjadi realiti sebelum ini.

“Penduduk Balik Pulau memerlukan khidmat doktor pakar dan pusat rawatan yang lebih baik dan sempurna.

“Sehubungan itu beberapa langkah susulan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi merealisasikan impian ini, ” tegas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Semasa pilihan raya umum ke 14 yang lalu, bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Dr Hilmi Yahya turut berjanji akan membina sebuah hospital baharu yang mempunyai 300 katil dengan kos peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke 11 sebanyak RM400 juta.

Namun begitu perkara ini tidak menjadi kenyataan sehinggalah pemerintahan bertukar tangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lalu.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote