Malaysia Dateline

Balik saja dari urusan rasmi luar negara, terus ke lapangan

Sebaik sahaja sampai ke tanahair malam tadi selepas menyertai sidang ahli Parlimen Antarabangsa di Turki, Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus terus turun bertugas.

Malam tadi beliau terus turun ke Bilik Operasi Banjir Parlimen Hulu Langat untuk bersama pasukan sukarelawan selepas mendapat taklimat suasana banjir semasa.

Pada jam 12.30 malam tadi beliau menerima Team Runner JPJ diketuai oleh Rostam Daud dari Wangsa Maju yang sampaikan sumbangan barangan di Pusat Operasi Banjir Balai Raya Kg Sg Serai, Dusun Tua.

“Balik dari urusan rasmi di luar negara, MP Hulu Langat terus ke lapangan,” tulis Jamzuri Ardani memuji wakil rakyat beliau menerusi Facebook.

Hasanuddin bersama delegasi Malaysia ke Turki bagi menyertai ’16th Session of Parliamentary Union of the OIC Member States (PUIC)’ yang bermula 9 Disember lalu.

Selain beliau, turut serta dalam delegasi Malaysia itu adalah Ahmad Fadli Shaar (Pas- Pasir Mas) dan Datuk Seri Idris Jusoh (BN- Besut).

Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Iran sebelum banjir melanda negara.

Beliau membuat keputusan pulang segera ke tanahair apabila banjir melanda kawasan beliau, Hulu Langat dengan mengambil penerbangan terdekat dan sampai malam tadi.