Malaysia Dateline

Balu syuhada Gaza terima bantuan psikososial

Seramai 100 balu syuhada Gaza telah menerima bantuan psikososial yang dianjurkan Ngo MyCare melalui agensinya Rose2Rose selama enam bulan.

Selain golongan ibu program bantuan psikososial turut diberikan kepada kanak-kanak orang kelainan upaya mental, guru serta pengetua sekolah pendidikan khas

Dua program dianjurkan kali ini iaitu bantuan psikososial kepada balu para syuhada dan kursus ‘The Effect of PTSD on Children with Special Needs and Mechanism for Dealing with Them‘.

Menurut Koordinator Projek MyCARE di Gaza, Abeer Barakat pihaknya telah menjemput ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas di samping pertubuhan dan sekolah yang memberikan perkhidmatan kepada anak-anak kurang upaya.

Tambahnya, beliau berharap agar projek-projek sebegini dilanjutkan bagi melibatkan lebih ramai kumpulan kanak-kanak dan diperluaskan ke seluruh Gaza.

Menurut seorang peserta yang juga seorang balu syuhada sejak 14 tahun, Hana Othman al-Agha, beliau sangat terbeban dari segi ekonomi, penjagaan anak, masa depan dan pendidikan mereka selepas suaminya syahid.

“Saya menghadapi pelbagai masalah yang beliau sendiri tidak tahu bagaimana menguruskannya seperti perangai anak-anak. Saya tidak tahu bagaimana menyokong diri secara psikologi.”

“MyCARE adalah penyokong pertama kami menyediakan sesi-sesi sokongan psikologi,” katanya.

Melalui program-program ini katanya, beliau mampu untuk mengatasi tekanan kehidupan dan bagaimana untuk berurusan dengan anak-anak.

“Saya juga belajar bagaimana untuk menjadi pakar psikologi kepada diri sendiri dan bagaimana untuk melepaskan tekanan anak-anak,” katanya.

Hana bersyukur kerana telah menyempurnakan pengajian di universiti dan anak-anaknya juga sedang belajar di universiti.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada MyCARE Malaysia yang menyusun program sebegini,” ujarnya lagi.