Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
BAM tawar diskaun kepada pembelian awal tiket Terbuka Malaysia 2020

BAM tawar diskaun kepada pembelian awal tiket Terbuka Malaysia 2020

BernamaFebruary 12, 2020 5:06 pm




Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket awal menyaksikan Terbuka Malaysia 2020 bermula esok hingga 23 Februari dan diskaun 10 peratus dari 24 hingga 29 Feb.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh Chee Keong berkata kanak-kanak berumur empat hingga 18 tahun layak untuk membeli tiket kelas pelajar untuk bahagian Premium, bahagian  Lower Tier dan Upper Tier.

“Kami berharap para peminat akan mengambil kesempatan terhadap tawaran ini dan membeli tiket mereka awal. Diskaun yang banyak jika mereka membeli tiket semasa tempoh tawaran.

“Bagaimanapun yang lebih penting, pembelian tiket awal akan menjamin peminat mendapat tempat pilihan mereka,” katanya.

Semua tiket, termasuk kategori ‘Super Fan’ yang menawarkan akses ke tempat duduk tepi gelanggang dan menerima imbuhan seperti buku cenderamata dan poster rasmi yang ditandatangani oleh pemain kebangsaan dan hospitaliti eksklusif di Axiata Arena, tertakluk kepada tawaran.

Tiket pelajar bermula dari RM13 (hari pembukaan) dan akan meningkat apabila kejohanan berlangsung.

Peminat dapat membeli tiket mereka secara dalam talian di https://myticket.asia/ atau di kaunter tiket semasa hari perlawanan pada Axiata Arena mulai 31 Mac.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production