Kejadian ban pecah di Tanjung Karang menyebabkan penduduk Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh kini ditenggelami air kira-kira ketinggian paras 3 kaki.
Menurut facebook Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.
Semasa pasukan bertugas selesai membuat pemantauan air pasang besar di beberapa kawasan Tanjong Karang, didapati terdapat ban pecah di Jalan Kilang Padi, Pekan Tanjong Karang.
Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang terus ke lokasi dan setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati benar terdapat ban pecah (kerja-kerja manaiktaraf benteng) mengakibatkan berlaku limpahan air naik ke jalanraya dan kawasan-kawasan berhampiran.
Pasukan Bomba dengan 7 keanggotaan diketuai PBK II Zuraini Binti Mohamed Rawian bertindak membuat 1 penyelamatan memindahkan mangsa banjir.
Anggaran ketinggian paras air 3 kaki. Mangsa yang merupakan warga emas (uzur) telah diselamatkan. Seterusnya pasukan penyelamat membuat pemantauan rapi di seluruh kawasan-kawasan yang dinaiki air.
Kejadian ini mendapat liputan meluas di media sosial dan rata-rata ia turut dikongsi oleh pengguna Facebook kerana menyifatkan suasana seperti ini akan berlaku apabila tibanya musim tengkujuh atau air pasang besar.
Namun ada dalam kalangan netizen mula menyindir kerjaaan yang baru sahaja semalam membubarkan Parlimen untuk buat PRU15 penghujung tahun.
“Okay, sebahagian pasar & Bandaraya Tanjong Karang dah banjir. Pengundi Tanjong Karang tak lah ramai mana, adalah dalam puluh-puluh ribu macamtu,”komen Zamri Maulan
“Tak hujan pun banjir. Fenomena air pasang besar dan kerana benteng pecah di pekan Tanjong Karang pagi ni.
Praktikalkah untuk menghadapi PRU bagi Parlimen Tanjong Karang,” kata Zaid Ahmad.
“Terkejut bubar parlimen semalam, Tanjung Karang banjir. Kita tengok siapa turun dulu, itu yang kita undi yer tak?” komen Wahida Hambali.
Baca juga: Titah Agong susulan pembubaran Parlimen oleh PM ‘sangat makan dalam senak rusuk kena tumbuk’
Baca juga: Parlimen dibubarkan, ini 7 perkara yang anda perlu tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio