Tular tangkap layar hantaran seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila ibunya tidak dibenarkan perbaharui passport kerana tidak fasih bahasa Melayu.
Bahasa Melayu antara bahasa yang senang dipelajari malah ramai orang luar negara yang cepat fasih jadi mengapa mereka yang duduk di Malaysia alami kesukaran.
Menurut The Reporter, kejadian tersebut belaku di UTC Komtar, Pulau Pinang dan lelaki tersebut memuat naik luahan rasa kecewa di Facebook.
Dalam hantaran tersebut lelaki itu memaklumkan tiada masalah buat si ayah untuk memperbaharui passport namun ibunya mengalami kesukaran.
Puncanya apabila dia memaklumkan pegawai tersebut bahawa si ibu tidak fasih dan terhad dalam pengunaan bahasa Melayu.
Kakitangan tersebut memaklumkan mereka perlu berjumpa pegawai kerana tidak boleh cakap bahasa Melayu.
Kakitangan yang bertugas menyatakan ibunya tidak dapat memperbaharui passport kerana tidak boleh berbahasa Melayu walaupun dia merupakan seorang warganegara.
Lelaki tersebut turut mempersoal sama ada mereka yang tidak fasih memang tak dibenarkan perbaharui passport.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pegawai terbabit kerana tegas dalam melaksanakan tugas malah menganggap ia mustahil untuk warganegara untuk tidak memahami bahasa ibunda walaupun sudah duduk lama.
“Bangladesh dan Pakistan duduk dua tahun pun dah boleh fasih cakap melayu. Cuba tanya balik memang tak fasih ke atau tak nak belajar bahasa melayu? Terus terang je.
“Ni kali pertama aku tengok kakitangan awam bertindak dengan bijak.
“Sudah lah tak boleh cakap bahasa melayu. hantaran Facebook pun tulis bahasa cina. Entah-entah anak beranak bukan orang Malaysia,” antara komen netizen.
Tambah seorang pengguna X, benda ini sudah dipraktikkan di Amerika Syarikat, apabila semua warganegara perlu pandai bahasa Inggeris.
“Bagus! Kalau dekat Amerika pun sama, tak pandai bahasa Inggeris tak boleh jadi warganegara, perlu ambil kelas dahulu.
“Malaysia pun kena buat macam ini, ambil kelas bahasa Melayu baru boleh perbaharui passport,” ujarnya.
Hasil pemerhatian mendapati hantaran tersebut sudah dipadam pemilik Facebook dan profil dihadkan kepada rakan sahaja.
Baca juga: Netizen kecam lelaki maki pekerja tol gara-gara kad Touch n Go tak cukup baki