Malaysia Dateline

Bangladesh: 13 maut trak rempuh khemah pekerja

Tiga belas buruh maut dan dua lagi cedera apabila sebuah trak sarat muatan batu merempuh kawasan khemah pekerja di daerah Cumilla, Bangladesh, kira-kira 96 kilometer di timur Dhaka pada Jumaat pagi, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai polis.

Pegawai Balai Polis Daerah Chauddagram Cumilla, Abdullah Al Mahfuzb berkata kemalangan berlaku selepas trak terbabit hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 7 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata, 13 buruh maut di tempat kejadian manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital dan Kolej Perubatan Cumilla.

— BERNAMA