Pemilik sebuah banglo di Damansara dilapor ingin menjual hartanah mewahnya dengan harga RM22 juta, menurut laman kumpulan Facebook Jual Beli Tanah di Selangor.
Menurut iklan yang disiarkan, pemilik tersebut mempunyai 6 unit banglo yang dibina bersama atas satu tanah di Sungai Penchala, Damansara.
Memetik Thevocket, banglo yang dibina atas tanah seluas dua ekar itu terdiri dari tiga dan empat tingkat rumah.
Keseluruhan enam rumah banglo itu dilaporkan mempunyai 27 bilik tidur dan 26 bilik air serta mempunyai pemandangan bukit bukau.
Dikelilingi pokok-pokok hijau menjanjikan pengalaman yang nyaman buat pembeli baharu.
Penjualan hartanah bernilai RM22 juta itu nyata mendapat perhatian netizen yang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Sementara itu, terdapat netizen yang berteka-teki pemilik hartanah mewah tersebut.
Terdapat juga netizen yang memaklumkan pemilik hartanah terbabit merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti di masjid.
Beliau sebelum ini membangunkan hartanah ini dalam usaha untuk membolehkan beliau dapat hidup bersama anak-anaknya di satu kawasan yang sama.
Baca juga: Kalau pergi IKEA ‘confirm’ beli, pemuda kongsi resipi meatball pujaan ramai