Banglo mewah: Guang Eng, Phang mengaku tidak bersalah, pendakwa pinda dua pertuduhan

Banglo mewah: Guang Eng, Phang mengaku tidak bersalah, pendakwa pinda dua pertuduhan

Pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap perbicaraan kes banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Perbicaraan kes rasuah itu membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Lim dan Phang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Bagi pertuduhan pindaan pertama Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng  dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan pindaan itu bagi menukar ayat sebagai penjawat awam dalam pertuduhan asal dipinda kepada seorang pegawai badan awam

Selain itu, tarikh asal pembelian rumah pada 14 Julai 2014 pada kertas pertuduhan asal turut dipinda pada 21 Oktober 2015.

Perbicaraan selama 23 hari bermula pada hari ini dan dijadualkan  sehingga 25 Mei ini.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Masri Mohd. Daud.

Perbicaraan pada hari ini seramai tujuh saksi pendakwa, serta memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua tertuduh dibicarakan secara bersama, bukan berasingan.

Pasukan pembelaan diketuai Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) bersama-sama R.S.N. Rayer (Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima).

Turut bersama, Datuk V. Sithambaram dan Rueben Kumar, peguam bela kepada ahli perniagaan, Phang Li Koon.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES