Malaysia Dateline

Bangun menentang

Aku tidak meminta-minta
Orang lain bangun melawan

Aku sendiri yang tua ini
Berdiri menentang

Dari awal lagi
Aku anggap Darurat ini batil dan salah

Sekarang ternyata
Sangkaanku benar

Apa guna jadi ahli parlimen bisu suaranya

Lalu, aku ketuk pintu mahkamah
Aku cabar segera tamatkan
kuku besi Proklamasi

Aku tuntut putuskan belenggu
yang merantai Parlimen

Bebas dan merdekakan suara rakyat

Selamatkanlah tanahair kita, sekarang

Sebelum gerombolan pengkhianat itu

Memusnahkan segala-segala yang kita bina
selama ini

 

Sajak nukilan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim