Bangunan baharu Mahkamah Kota Bharu siap lebih awal

Bangunan baharu Mahkamah Kota Bharu siap lebih awal

Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang baharu telah berjaya disiapkan lebih awal, iaitu 322 hari lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam kontrak bagi projek berkenaan.

Selain itu, kos bagi pembinaan kompleks berkenaan juga berjaya dikurang sebanyak lebih RM3 juta.

Demikian kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hapipa Maidin dalam majlis lawatan dan penyerahan kunci Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada kontraktor terbabit, Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang serta Jabatan Perdana Menteri atas kejayaan tersebut.