Malaysia Dateline

Bangunan dalam pembinaan runtuh di India, 2 maut, 15 dikhuatiri terperangkap

Korban insiden bangunan runtuh di Karnataka, India pada Selasa meningkat kepada dua orang dan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, lapor agensi berita Xinhua.

Setakat ini 37 orang telah diselamatkan, sementara kira-kira 15 lagi mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.

Kejadian berlaku di Kumareshwar Nagar di daerah Dharwad membabitkan bangunan empat tingkat yang terletak di kompleks perniagaan. Difahamkan beberapa buah kedai telah pun mempunyai penyewa, lapor The Times of India.

Menurut sumber rasmi, operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota dari Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional (NDRF) dengan dibantu pihak berkuasa tempatan.

— BERNAMA