Malaysia Dateline

Bangunan Kementerian Kewangan tiba-tiba terbakar

Bangunan Kementerian Kewangan terbakar dengan asap tebal memenuhi ruang di bangunan itu menurut beberapa video dikongsi orang awam di sosial media.

Kakitangan awam yang berada di dalam bangunan keluar menyelamatkan diri susulan api marak sehingga ke tingkat atas bangunan.

Insiden difahamkan berpunca dari sebuah stor yang menyimpan sisa pukal dan penyelenggaraan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya dalam tempoh 30 minit.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu berjaya dipadamkan

Dilaporkan, Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Unit Pengesan K9 sedang melaksanakan siasatan bagi menyiasat punca dan anggaran kerugian disebabkan kebakaran itu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan sut serba biru hari ini tiba di perkarangan MOF pada jam 7.58 pagi, disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.