Bangunan KWSP terbakar selepas dividen tertinggi diumum

Bangunan KWSP terbakar selepas dividen tertinggi diumum

Bangunan KWSP di  Jalan Gasing Petaling Jaya yang terbakar  tengahari ini.

Hanya selepas tiga hari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen tertinggi dalam tempoh 20 tahun, bangunan dana persaraan di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar menjelang tengah hari tadi.

Hampir separuh bangunan di tepi Lebuhraya Persekutuan itu dijilat api dengan kepulan asap dapat dilihat sehingga jarak empat kilometer.

Rakaman video pengguna yang berada di sekitar kawasan kejadian memaparkan api sedang marak manakala serpihan bangunan turut dilihat runtuh.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kejadian sama ada melibatkan kemalangan jiwa masih belum diketahui.

Pada 10 Februari lalu, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.4 peratus bagi Simpanan Syariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan itu berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016.

CATEGORIES