Bangunan tanpa parkir  selepas projek MRT siap

Bangunan tanpa parkir selepas projek MRT siap

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang merancang untuk mengadakan bangunan tanpa parkir apabila projek MRT Lembah Klang Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya siap, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata ia sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Apabila projek MRT sudah siap dan mula beroperasi, tidak perlu ada banyak ‘parking bay’ kerana warga kota akan lebih kerap menggunakan pengangkutan awam termasuk LRT dan bas awam,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat DBKL hari ini.

Mengenai kemungkinan stesen MRT dan LRT mengalami masalah kekurangan parkir berikutan rancangan DBKL itu, Mhd Amin berkata: “Itu terpulang kepada Prasarana ataupun SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dilapor sebagai berkata polisi untuk tidak mempunyai ruang parkir dalam bangunan menjadi trend di beberapa bandar membangun dan Kuala Lumpur harus mengikut jejak langkah sedemikian.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Mhd Amin berkata hasil usaha daripada kira-kira 9,500 warga DBKL dalam tempoh 10 tahun ini, pihak berkuasa tempatan itu berjaya mengutip hasil bernilai kira-kira RM2 bilion.

“Ia merupakan hasil komitmen dan kerja keras warga-warga DBKL terhadap pembangunan Kuala Lumpur yang menjadi sebuah bandar raya lebih maju dan makmur,” katanya.

Mhd Amin menyampaikan anugerah perkhidmatan lama, pekerja cemerlang dan tokoh kesatuan sekerja kepada tujuh pegawai dan kakitangan DB

COMMENTS

Wordpress (0)