Banjir: 51 sekolah di Kelantan tutup esok

Sebanyak 51 sekolah di Kelantan ditutup esok berikutan banjir yang melanda beberapa jajahan di negeri ini sejak semalam.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam kenyataan hari ini berkata, ia merangkumi 19 sekolah di Pasir Mas, 14 di Kota Bharu, lapan di Tumpat, tujuh di Pasir Puteh dan tiga di Bachok.

Sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kampung Baru, SK Pangkal Kala, SK Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SK Bunut Susu, SK Kok Pauh, SK Meranti, SK Bukit Jarum, SK Bakong, SK Lubok Setol, SK Rahmat, SK Gual Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Bunut Susu, SMK Tiang Chandi dan SMK Meranti.

Di Kota Bharu ialah SK Seri Ketereh, SK Perol, SK Mulong 1, SK Tiong, SK Raja Abdullah, SK Padang Mokan, SK Buloh Poh, SK Keling, SK Ketereh, SK Kor, SK Gong Dermin, SK Bechah Keranji, SK Kampung Chengal dan SMK Long Gafar.

Di Tumpat pula melibatkan SK Simpangan, SK Kebakat, SK Seri Wakaf Bharu, SK Wakaf Bharu, SK Bendang Pak Yong, SK Telok Jering, SK Kampong Delima dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda.

Sementara di Pasir Puteh, sekolah yang ditutup ialah SK Sungai Petai, SK Tasek Pauh, SK Kampung Tasek, SK Tualang Tinggi, SK Danan, SK Bukit Jawa 2 dan SK Bukit Awang.

Tiga buah sekolah yang ditutup di Bachok ialah SMK Pak Badok, SK Pak Badol dan SK Bakong.

Menurut kenyataan itu, sekolah berkenaan diberi kelulusan cuti berikutan sekolah digenangi air atau dinaiki air, jalan ke sekolah tidak boleh dilalui dan mengancam keselamatan pelajar dan guru serta sekolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *